Tuesday, October 28, 2008

Cara-cara Syaitan Menghasut

Assalamualaikum

ive got a video to share with all of you..

paparan video ini tak bermakna aku adalah muslimah sejati..

atau sgt perfect dlm pemakaianku sehari2 mengikot garis panduan yang telah islam berikan...

tetapi video ini adalah sebagai peringatan kepada aku, dan kita semua untuk tidak terperangkap dgn hasutan syaitan yg hanya akan membinasakan...



Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Singgahsana iblis berada di lautan. Dari sana dia mengirim pasukannya untuk membuat fitnah (mengacau atau membawa bencana untuk) umat manusia. Maka siapa yang lebih besar membuat bencana, dialah yang lebih besar jasanya (terhormat) di kalangan mereka.”

[HR Muslim]


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Syaitan akan menghantar tentera-tenteranya untuk memfitnah manusia, manusia yang lebih tinggi kedudukan akan mendapat fitnah syaitan yang lebih hebat.
Syaitan akan datang kepada seseorang kamu dan berkata:
"Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini? Siapakah yang telah menjadikan kejadian ini ?"
Sehingga syaitan akan berkata:
"Siapakah yang telah menjadikan Tuhan kamu?”
Apabila perkara ini berlaku kepada kamu maka mintalah perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam.

[HR Bukhari dan Muslim]

Huraian:
1.Lintasan hati tidak akan memudaratkan iman yang ada pada seseorang.
2.Allah bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan. Oleh itu sebarang bisikan yang menafikan segala kesempurnaan Allah wajib disanggah agar seseorang itu bebas daripada kesesatan yang meracuni akal fikirannya.
3.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan Iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.




enjoy....





+rEsEpI sUkA-SuKi+

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt kepada semua yang berkunjung ke blog JOMBLOWEH.
Catatan di petang hari,mungkin mengundang spekulasi lagi?Dan ingin & suka saya ingatkan bahawa blog ini adalah satu wadah curahan fikiran & idea.Bukan pembuktian,penyaksian yang kami inginkan penghormatan.Mungkin ada yang berfikiran begitu,dan kami tidak menghalang pola fikir anda.Dan yang pasti,tiada penghormatan paling agung melainkan dijanjikan syurga Allah swt nanti.

Mak aih,serius bebeno saya mengayat petang-petang hari ni.Ape kes?Em,sekadar merungkai kekusutan yang melanda blog aje.Tiada maksud lain.Ok,then nak cite pasal apa ye?Ok la,perempuan & dunia dapur jap.Ok x?Boleh terima x?Layanzzzzzzzzzz!!!=)


+Sambal sardin orang lain+

Sekadar berkongsi resepi,mudah,murah & sesuai di makan di mana sahaja.Ceh,dah jadi promoter super market dah.Ok,jom kita mulakan kelas memasak kita.Kalau kat gambar tu ade sambal sardin.Tapi saya nak share gulai sardin.Sesiapa yang ada cara lain,boleh comment.Sama-sama memanjangkan ilmu memasak yang kita ada.Act,saya tak reti pun memasak.Sekadar berkongsi resepi saat poket kering je.Layanz.

Ok,persiapan awal.Bahan-bahan nak masak dia seperti di bawah:
  1. Tuna & Sardin beli dari kedai.Terserah brand apa,kalo AYAM BRAND lagi sodap.
  2. Cili api 20 biji
  3. Kunyit idup 1 inci
  4. Bawang merah 10 biji(terserah selera)
  5. Santan 200ml
  6. Garam secukup rasa.
  7. Rempah kari(kalo nak wat kari sardin,then jangan masukkan kunyit tadi k)
  8. Kentang 5 biji(potong 6 setiap satu)
  9. Asam keping(ikut selera)
Ok,bahan-bahan dah siap.Kita g step by step lak.
  1. Kunyit,Bawang Merah,Cili Api di blender dengan santan yang dah dicairkan.Santan tu terserah selera.Kalo nak pekat,sikit kan air dia.
  2. Panaskan semua bahan tadi atas dapur hingga menggelegak.Masukkan asam keping
  3. Buka tin sardin,asingkan ikan dengan kuah.
  4. Masukkan kuah dalam bahan atas dapur.Kemudian masukkan kentang yang dipotong tadi.
  5. Tunggu hingga kentang lembut,baru masukkan garam.Air yang keluar dari kentang akan menawarkan semua rasa gulai.
  6. Akhir sekali,masukkan sardin.
  7. Tunggu hingga sebati.Angkat dan sedia untuk dihidang.
  8. Boleh makan dengan nasi,roti jala,roti canai & lempeng.
Selamat mencuba kepada semua.=)

P/s:Teringat kat kata Wan De(nenek saudara saya coz my grandma dah xde).Bila saya keluhkan rasa hati terpaksa belajar memasak untuk meneruskan idup kat perantauan,cepat-cepat Wan De tegur:

"Isyh,bagus la.Esok-esok,kalo berumah tangga kan senang.Kalo orang zaman dulu,dah lama kena ayat pedas:Tak yah belajar tinggi,alik-alik kat celuk dapur juga".

Aisyh,memang kena masak eh?Saya sengih jelah.Apo nak di kato jang.Dan saya teringat,satu ceramah yang mengatakan tanggungjawab memasak bukan atas seorang isteri.Dan proofnya sedang saya cari.Insyaallah,akan di kongsikan bila jumpa.Dan saya terfikir,adatkah yang mewajibkan kita(wanita) turun ke dapur?.

Apa-apa pun,mari mencuba resepi dan tingkatkan skill dalam hidup.Memasak ni skill juga kan?=)



Saturday, October 25, 2008

Kenapekah?


Assalamualaikum...

aku mulekan coretan ini dgn menggaru kapla ku...

[dr perspektif seorang wanita muslim yg tidak mmpunyai ilmu sdalam lautan.. maaf kalaw aku terkasar bahasa or tlalooo lurus smp ade yg trase.. kalaw ade kesalahan dlm coretan ni, sile betolkan =) ]

knape ye orang suke bkapel?

dpt pelok2 bile kite tensi dgn kehidupan? dpt pegang2 tangan bile kite nak lintas jalan? dpt balek jalan ssame dr klas? dpt sms2 rindu2? dpt sms2 yang wish 'sweet dreams' ? dpt rase seolah2 ade 'abang' yg bole jage kite?

ade orang yg jage tym kite saket? ade orang nak stadi ngan kite bile dkat ngan exam? ade orang yg bole bawak balek barang lpas sopin sakan? ade orang yg dpt mengisi kekosongan hidup?

soklan lagik....

knape sume tu kite TAK buat ngan orang yg same jantina ngan kite? knape nak carik orang yg bukan muhrim kite untuk dijadikkan teman seharian??

aku pelik...

sungguh pelik...

staw aku.. ramai je kawan2 pompuan yg kite bole bwat jadik rakan karib. ramai je yg kite bole ajak berbual n bertepok tampar, tetapi knape Kaum Adam jua yg dipilih?

walhal allah dah bagi amaran

" dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk "
[Al Israa' : Ayat 32]

ape tu zina?

" .... telah ditetapkan atas manusia bahgiannya dari zina... ia pasti mendapatkan hal yang demikian itu
zinanya mata adalah memandang
zinanya telinga adalah mendengar
zinanya lidah adalah berbicara
zinanya tangan adalah meraba
zinanya kaki adalah melangkah
zinanya hati adalah dengan berkeinginan, berangan-angan dan membenarkan atau mendustakan kemaluannya "
[HR bukhari & muslim]

ade ssape yg brani jawab soklan2 aku kat atas tu tak??

tolonglah keluarkan aku dr belenggu ketidakfahaman ini...

siyes aku pelik... [sambil sambung garu kapla]