Sunday, November 16, 2008

Kemusykilan Tentang Kapel

Assalamualaikum..

sy ada terbaca pasal soal-jawab ni kat http://www.ustazazhar.com

n tfikir plak untuk share ngan sume orang.. smuge soklan2 and jawapan2 yg diberikan Ustaz Azhar dpt meneguhkan hati kite untuk menjauhkan diri dari perkara yg haram ini.. insyaallah

salam..
em..cne klu kte g tmnkn psngn2 yg couple 2h bjmpe??
one more,,ley x trngkn bout zina mata n hati..
de sowg my fren nih..couple ngn bdk tahfiz ag 2h..
de gk ana ckp psl couple nih haram..
tp die kte nk dalil yg sahih mngatakn couple 2h haram..
so,,cne ek?? My another fren pulak kte,,klu sume prmpuan/lelaki yg baik utk lelaki/prmpuan yg baik,,siape yg nk btolkn yg jahat2 tu??Em,,lagi 1,, pe sbnrny hokum tgk wyg??Boleh ustaz jelaskn semuany??Syukran..

W.Salam

Hukum berdua-duan antara lelaki dan perempuam yang bukan mahram adalah haram dengan ijmak ulamak sekalipun sudah bertunang kerana dilarang oleh Rasul Allah saw diantaranya hadith riwayat Bukhari sabda Nabi saw yang bermaksud :

"Janganlah berudua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani oleh mahramnya"

Dan pada riwayat Muslim pula :

"Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya."

Berkata Iman Nawawi r.a. :

"Daripada hadith inilah diharamkan berduaan dengan wanita bukan mahram samada pada rumahwanita tersebut atau pada mana-mana tempat dan samada ketika sembahyang atau lainnya."

Jelas dari dalil2 tersebut bercouple itu adalah haram dalam Islam. ini adalah budaya Yahudi dan Nasroni yang mula diterima oleh orang2 Islam yang sangat jahil dengan hukum2 agama.

Zina mata maksudnya melihat perkara2 yang haram disisi syarak seperti melihat lelaki akan perempuan yang bukan mahramnya seperti pasangan2 yang sedang bercinta sekarang ini.

Tiadalah mengharuskan amalan berudaan seperti ini melainkan orang yang telah rosak aqidahnya.

Kalau nak betulkan perempuan2 jahiliyah tidak semestinya kita melakukan yang haram. Yang haram tidak boleh diperbaiki dengan yang haram sebagaimana kita tidak boleh membersihkan najis dengan air najis.

Dakwah yang disuruh oleh Allah swt tidak sama dengan nafsu yang mempergunakan alasan dakwah.

Hukum tengok wayang bergantung atas kandungan cerita yang ditayangkan. Kalau ceritanya tidak ada adengan yang haram kita lihat maka harus menontonya dan jika ceritanya haram maka haramlah menontonnya.

( Rujukan Kitab Syarah Asqollani 'ala al-bukhori, Syarah Muslim & Nailul Authar )

wallahua'lam



alamat laman web yg full

http://ustazazhar.com/v1/fiqh/musykil-couple.html