Saturday, February 28, 2009

Seloka AURAT


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.

Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun ‘make up’.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.

Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.

Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung.

Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.

Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.

Kalau nak “Make Up” biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.

Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.

Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.

Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,
Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Hanya saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali untuk akhawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.

Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan isteri.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat seluruh badan,
Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh tauladan.

Setakat ini seloka kami,
Harap dapat menghibur hati,
Yang baik bolehlah anda ikuti,
Kalau boleh sekarang mulai.

Rujukan : Bulletin Friendster dr mmbe =)

Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:

“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(8) Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”

Wednesday, February 25, 2009

take time to...

Alhamdulillah, terima kasih buat sahabat2

Yg memberi kesempatan bg sy utk menyibuk2 di blog kbsr ni

moga2 blog ni dpt dijadikan sbgai salah satu cara kt

berkongsi ilmu & berukhwah islamiyah di alam cyber

sy pohon pd allah moga menjadikan usaha murni ini dalam ridhaNya, bermanfaat utk sume,

& Allah jualah y akan membalas keikhlasan kawan2 y memperjuangkan keunggulan islam walau apa jua caranya;)





Penyebab y dapat membantu melapangkan dada:


Mengamalkan ajaran tauhid y disampaikan oleh Nabi Muhammad, tauhid y jernih, indah lagi besar

Berdzikir kepada Allah

Ridha dengan ketetapan Allah

Menjauhi maksiat

Menerima dgn tulus rezeki y diberikan oleh Allah y Maha Esa lagi tunggal

Membaca al-quran dan merenungi maknanya

Bergaul dgn org2 soleh & y anda sukai kerana Allah


Insyaallah saya akan coretkan kupasan mengenai setiap tajuk ni pada entri2 y akan datang

utk tajuk kali ini rujukan dr buku bertajuk Hidupkan hatimu

karya Dr.’Aidh b. Abdullah Qarni

insyaallah, akan sy kongsikan input2 y menarik dr buku2 y lain y pernah sy baca..

take time to THINK. it is the source of power.
take time to READ. it is the foundation of wisdom.
take time to QUIET. it is the opportunity to seek God.
take time to DREAM. it is the future made of.
take time to PRAY. it is the greatest power!!!


world within- world where we live in [v 1]

Introduction

Lukisan Alam by Hijjaz

Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput yang lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengaharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu



p/s: sebenarnya perkara yang paling ingin saya kongsikan hampir semuanya terkandung dalam lirik nasyid ini. semoga kita sama-sama mendapat pengajaran.

nantikannya di world within-the world where we live in [v2] =D
coming soon.....!!!!!!!!!

sabda Rasulullah saw dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhu berkata,

"Rasulullah saw memegang kedua pundakku lalu bersabda, "Jadilah engkau hidup di dunia seperti orang asing atau musafir (orang yang bepergian)."

Lalu Ibnu 'Umar ra menyatakan, "Apabila engkau berada di sore hari, maka janganlah menunggu hingga pagi hari. Dan apabila engkau berada di pagi hari maka janganlah menunggu hingga sore hari. Pergunakanlah waktu sehatmu sebelum datang waktu sakitmu. Dan pergunakanlah hidupmu sebelum datang kematianmu." (HR. Al-Bukhari)


jadilah di dunia bagai orang asing

Atau pengembara yang tidak lama

Berbekallah yang banyak untuk segera pulang

Bertemu dengan Allah di alam sana


(Segeralah. Izzatul Islam)


"dunia hanya tempat persinggahan,untuk berteduh,setelah memulakan perjalanan, bukan berteduh sahaja dan menunggu masa untuk kembara lagi, berteduh menghimpun AMALAN,menghimpun KEBAIKAN"









dambaan rahmatMu..



muslim&muslimah..mukmin&mukminah..soleh&solehah
sesungguhnya islam y indah
marilah kt mencari & menghayati keindahan Islam
kebahagiaan & kejayaan di dunia & akhirat






wanita hiasan dunia
seindah hiasan wanita solehah






Tuesday, February 10, 2009

->bErtUdUng<-

Salam alaik.Dan 5 minggu tak update blog nih.Haha,maka labah-labah pun dah wat sarang.So,sebelum bersarang dengan sesungguhnya,jom layan sudut hukum sat!

Copy & paste dari Utusan On9:Sudut Agama.Moga Bermanfaat buat semua.Insyaallah!

SOALAN
SAYA sukacita apabila mendengar, mendapat dan melihat berita-berita ramai artis pergi menunaikan umrah dan juga haji. Artis-artis menjadi idola, model contoh dan ikutan ramai terutama di kalangan anak-anak muda.

Ramai yang bercerita menghebohkan pemergian mereka.Yang menyedihkan ramai di antara artis-artis wanita yang telah pergi menunaikan umrah atau haji masih jahil dari segi peraturan agama, hukum dan larangan agama terutama tentang menutup aurat.

Ramai artis wanita cuma memakai selendang atau tudung sebenarnya tidak menutup aurat apabila rambut di hujung kepada terhulur keluar. Ada juga memakai tudung demikian dan memakai pula baju ketat menampakkan bentuk badan. Bukankah tidak menutup aurat itu satu dosa?

JAWAPAN:
Dalam Islam bila kita mengajar orang sesuatu kebaikan selagi mana kebaikan itu dilakukan oleh orang selagi itulah kebajikannya akan mengalir kepada kita. Dan apabila sesuatu keburukan diajar kepada seseorang selagi mana orang itu melakukannya selagi itulah tempias dosanya akan disalurkan kepada si pengajarnya.

Namun akal yang boleh membezakan antara baik dan buruk untuk dijadikan panduan dan sempadan.

Kewajipan seorang muslim menutup aurat bukan perkara (khilaf) yang diperselisihkan oleh ulama. Bahkan menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan.

Golongan yang mengingkari kewajipan menutup aurat dihukum kufur kepada perintah Allah SWT yang qatie (secara pasti dan muktamad).

Mengikut jumhur ulama wanita yang akil baligh, aurat berasal daripada bahasa Arab, aurah yang bererti kurang.

Di dalam fiqh, aurat diertikan sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. (Wahbah al-Zuhayli (1989), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, Damsyik: Dar al-Fikr, halaman 579)

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.

Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi.

Di dalam al-Quran terutamanya dalam surah al-Nur, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekelian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (al-Nur: 31)

Persoalannya kenapa ada di antara artis yang pergi ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji?

Dalam keadaan sedar pasti dia jawab kerana menunaikan fardu haji, yang bermaksud wajib. Ibadah ini wajib ditunaikan bagi setiap orang islam yang akil baligh apabila sudah cukup perbelanjaan dan yakin terhadap keselamatan dan aman perjalanan menunaikan seruan haji ini.

Jika jawapan yang diberikan kerana menyahut seruan kefarduan wajib menunaikan ibadat haji dan yakin bahawa ia diperintahkan oleh Allah.

Suka saya jelaskan bahawa tuhan yang wajibkan haji itu jugalah yang mewajibkan menutup aurat.

Saya juga hairan dengan muslim yang sebegini hanya mentaati Allah dalam sebahagian urusan agama dan meninggalkan sebahagian yang lain.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan. Mereka itulah orang-orang yang membeli (mengutamakan) kehidupan dunia (dan kesenangannya) dengan (meninggalkan perintah-perintah Allah yang membawa kebahagiaan dalam kehidupan) akhirat; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka (pada hari kiamat), dan mereka pula tidak akan diberikan pertolongan. (al-Baqarah: 85-86).

Ayat ini menempelak perangai Bani Israel yang beriman dengan sebahagian perintah Allah dan mengingkari sebahagian perintah yang lain di dalam Taurat. Yang demikian itu adalah perangai dan sikap Bani Israel terhadap ajaran Allah di dalam Taurat.

Mungkin tiada bezanya antara Bani Israel dan umat Muhammad SAW dari segi mengingkari perintah Allah.

Tidak dinafikan ada di kalangan artis tanah air yang mendapat hidayah Allah lalu menutup aurat. Dan ada juga artis yang zaman mudanya bergelumang dengan dunia hiburan sehingga lupa perintah Allah di kala penghujung usia baru sedar akan tuntutan agama.

Sayangnya, usia muda dihabiskan untuk memperagakan tubuh badan. Di kala tiada siapa berahi mula menutup.

Walaubagaimanapun, itulah hidayah Allah. Ini bukan bermaksud di usia muda tiada hidayah.

Hidayah adalah petunjuk dari Allah SWT akan diperolehi oleh mereka yang mencarinya.