Friday, March 20, 2009

Lapangkanlah DadaMu


“ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku”

(Thaahaa; 20:25)


“bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?”

(Alam Nasyrah; 94:1)



Penyebab y dapat membantu melapangkan dada:

(1)mengamalkan ajaran tauhid y disampaikan oleh Nabi Muhammad,

tauhid yang jernih, indah lagi besar iaitu kalimah:

laa ilaaha illallooh (tiada tuhan y disembah melainkan Allah)



“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik2 pelindung”

(ali’Imran;3:173)



Mari kita sama2 berfikir sejenak..

apa y dpt kita lakukan sebagai tanda pengorbanan jiwa dan raga kt hanya

kepada Yang Maha Tunggal lagi Maha Esa?

Sudahkah kt berusaha mengenal & mengamalkan Islam

dan menghayati keindahan Islam??


Ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq sakit. Para sahabat bertanya.

” Apakah sakit y engkau rasakan?”

Abu Bakar menjawab: “Aku mengeluh kerana dosa2ku”


Abu Bakar mengeluh kerana dosa2nya,

padahal dialah y membelanjakan harta, darah, airmata, jiwa, dirinya,

malam dan siang harinya demi menolong Laa ilaaha illallooh…


Apabila Allah hendak melapangkan dada hambaNya

dan membuatkannya bahagia di dunia dan akhirat.

Allah akan melapangkan dadanya utk beriman,

menjalankan syariat Islam.


“Ya Allah, pimpinlah hati kami dgn Nur keimananMu,

bangkitkan kami pada waktu2 y paling engkau cintai,

gunakan kami untuk amalan y paling engkau cintai

& satukan hati kami dengan hati-hati y mencintaiMu”



“Ya Allah, kami memohon kpdMu,

kurniakan kami lidah y basah menyebut namaMu,

hati y segar mensyukuriMu.

tubuh y ringan melaksanakan perintahmu.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu

iman y sempurna, hati y khusyuk, ilmu y bermanfaat.

kami memohon kpdmu keyakinan y benar2 teguh, agama y lurus.

kami memohon kepadaMu keselamatan dr bala bencana.

kami memohon kpdMu kecukupan penuh drpd mengharapkan kpd manusia.

Berikan kami iman y sebenarnya terhadapMu sehingga

kami tidak merasa bimbang dan tidak mengharapkan selainMu, tidak menyembah selainMu.

Jadikanlah kurniaanMu y terhampar luas kpd kami, keluarga kami, anak pinak kami

dan orang2 y bersama kami, dgn rahmatMu.

Jgn biarkan kami berpaut kpd diri sendiri barang sedetik pun atau kurang dari itu.

Wahai sebaik-baik y memperkenankan.

Selawat dan sejahtera Allah atas junjungan kami

Muhammad Nabi y mulia dan keatas keluarga serta para sahabatnya sekalian.”



Katakanlah (wahai Muhammad):

”wahai Tuhan y mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah y memberi kekuasaan kpd sesiapa y engkau kehendaki

dan engkau jualah y mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa y engkau kehendaki.

Engkau jualah y memuliakan sesiapa y engkau kehendaki

dan engkau jualah y menghina sesiapa jua y engkau kehendaki.

Dalam kekuasaan engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.

Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap2 sesuatu.

engkau (wahai tuhan) y memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang

dan engkau jualah y mengeluarkan sesuatu y hidup dr benda y mati

dan engkau jualah y mengeluarkan benda y mati dalam sesuatu y hidup.

engkau jualah y memberi rezeki kpd sesiapa y engkau kehendaki, dgn tiada hitungan hisabnya.”



“Ya Allah, inilah saat ketibaan malamMu dan berlalunya siangMu

dan inilah saat suara2 org y berdoa kpdMu.

Maka oleh itu ampunilah dosaku.

Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa

hati2 ini telah berkumpul kerana cinta padaMu,

bertemu utk mentaatiMu dan bersatu utk menerima seruanMu

serta mengikat janji utk menolong menegakkan syariatMu.

kuatkanlah ya Allah ikatannya dan teruskanlah kemesraannya,

tunjukilah jalan2nya dan penuhi ia (hati2 manusia) dgn

NurMu y tidak terpadam, lapangkanlah dada2nya

dgn limpahan keimanan terhadapMu

dan keindahan tawakkal kpdMu.

Hidupkanlah hati2 ini dgn mengenaliMu

& matikan ia sbgai syahid krna berjuang di jlnMu.

sesungguhnyaengkaulah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong.

Ya Allah, perkenankanlah dan cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami

Muhammad s.a.w dan keatas ahli keluarga dan para sahabatnya

serta berilah keselamatan y sebanyak2nya.”


amiin



Thursday, March 12, 2009

UJIAN OH UJIAN BUKAN HUJAN





firman Allah s.w.t dalam surah taha:-


طه. ما أنزلنا عليك القرآن لتشقى . إلا تذكرة لمن يخشى
"Taha.kami tidak menurunkan Alquran ini kepadamu(Muhammad) agar engkau menjadi susah.melainkan sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah"[20:1-3]

saya berpendapat. bersatunya kita disini, adalah diatas dasar kita TAKUTKAN ALLAH. Takut pada Tuhan yang telah mencipta kita daripada setitis air mani yang kotor lagi hina, Takut pada Tuhan yang menciptakan kita dengan penuh ketelitian serta kesempurnaan. Tuhan yang berkuasa menggerakkan molekul-molekul oksigen agar kita mampu untuk bernafas lantas menyediakan O2 sebagai "last carrier" buat proses terakhir penghasilan ATP didalam 'Aerobic respiration', yang mana ATP tersebut berperanan penting didalam pelbagai proses tubuh. Takut pada Tuhan yang maha hebat yang menjadikan semuanya dari pada TIADA kepada ADA dan bila bila saja bisa untuk meniadakan segala yang ADA kepada TIADA hanya dengan dua kata 'kun fayakun'. Siapalah kita, berbanding Allah,Tuhan yang Maha ESA,Tuhan yang maha kuasa.

Ya. takutkan Allah yang menyatukan kita disini.bila kita takut kan Allah, mudah mudahan tidak menjadikan kita memandang enteng pada perintahnya. takut kita kepada Allah mudah mudahan akan mendekatkan kita pada TAQWA. TAQWA dengan erti kata mudah, buat segala perintahNYA dan jauhi segala laranganNYA, dan moga moga usaha kita kearah TAQWA akan juga mendekatkan kita pada REDHA, yang mana kita berlapang dada dengan semua ketentuan Allah, perintahNYA, qada' dan qadarNYA,tidak terasa dibebani, yang mana menjadikan kita TAKUT, TUNDUK dan PATUH hanya padaNYA.Tiada yang lain.


Ujian demi ujian

Sedar tak sedar, sekarang sudah berada di bulan Mac. Masa sungguh pantas berlalu. Terasa belum lama meninggalkan Sistem lalu, kini exam untuk sistem baru pula menjengah. Sudah bersediakah saya? soalan yang sama yang kerap kali datang ketika saat ujian semakin hampir. Selalunya, walaupun setiap kali berjanji pada diri untuk membuat yang terbaik,persediaan awal, saya akan berakhir dengan study last minutes yang sudah pasti tidak menjanjikan keputusan yang diharapkan.MENYESAL, kata yang tidak pernah lari dalam kamus hidup saya. Menyesal betul tak buat past year sampai habis.menyesal dalam tutorial tak belajar betul betul. menyesal tak terus belajar selepas lecture. Dan macam macam lagi bentuk penyesalan yang datang berkunjung. Dan perkara yang paling saya tidak boleh terima adalah....


1.sudah baca tapi tak ingat
2.sudah ingat tapi cuai, careless(paling tak boleh terima)
3.tahu penting, tapi tak baca betul-betul
4.sikap malas yang bermaharajalela walaupun disaat membaca soalan ujian

Walaupun keluar air mata darah sekalipun, penyesalan dikemudian hari ini jelas tiada gunanya untuk membaiki apa yang TELAH BERLAKU. Jadi saya amat berharap,penyesalan ini menjadi PENGAJARAN yang bermakna untuk memperbaiki diri agar bisa menghadapi ujian-ujian di kemudiannya dengan lebih baik.please pray for me =D, hehe


Sebenarnya sedar atau tak, peperiksaan atau exam cuma secebis daripada ujian demi ujian yang sentiasa bertandang dalam kehidupan kita.
Pernahkah mendengar kata orang, HIDUP INI SENDIRI ADALAH UJIAN ???

HIDUP ADALAH UJIAN

Hidup adalah ujian. kalau kita kira hanya peperiksaan merupakan ujian, kita mungkin salah. daripada sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar dugaan sebenarnya merupakan Ujian dalam kehidupan. Kita berjalan kemudian tersepak batu,itu juga merupakan ujian. kita membela kucing kemudiannya mati,itu juga ujian. ini belum masuk lagi bab perniagaan yang kemudiannya mengalami kerugian, kehilangan orang tersayang,sakit,bergaduh dengan teman dan macam macam lagi.hidup yang sentiasa dilanda kesusahan merupakan ujian.Jangan salah sangka, Hidup yang sentiasa dalam kesenangan juga merupakan ujian. pendek kata,segala aspek kehidupan ini merupakan ujian sebenarnya.Hatta di saat kita menulis, mata pensil terpatah, itu juga merupakan ujian.Semakin tinggi kedudukan,semakin besar ujian.semakin besar tanggungjawab, semakin berat dugaan.

SIKAP KITA

Ujian datang dan pergi.Tapi kita yang menghadapi ujian tersebut belum tentu berjaya setiap peringkatnya jika kita tidak berusaha membaiki diri dengan membekalinya dengan ilmu serta pertambahan amal. Dan DOA, sungguh merupakan senjata untuk melewati segala ujian ini. kadang-kadang,bila diuji kita merasakan..mengapa aku diuji dengan ujian ini Ya Allah??,kenapa aku,bukan orang lain? aku tak sanggup menghadapi semua ini? dan macam macam lagi kesalahan kita balikkan kepada Allah. kita semacam lupa akan janji Allah swt dalam ayat terakhir surah albaqarah...




لا يكلف الله نفسا إلا وسعها. لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت
ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأن ا. ربنا ولا تحمل علينا إصرا كما حملته على الذين من
قبلنا. ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنا به . واعف عن ا، واغفر لن ا، وارحمنا أ نت مولانا فانصرنا على
القوم الكافرين


"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala daripada kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa daripada kejahatan yang diperbuatnya, mereka berdoa " ya Tuhan kami, janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan, Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan pada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kapada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami, Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.
[2:286]

Berapa ramai diantara kita, bila ditimpa musibah, kita menkoreksi diri,beristighfar "astaghfirullah hal a'zim,Ya Allah,aku hambaMu yang lemah ya Allah, aku sering kali lalai akan perintahMU, aku sering membuat laranganMu, ampunkan aku ya Allah,sungguh,aku hamba yang hina ya Allah,aku sering lupa dan sering melakukan kesalahan,jika Engkau tidak mengampunkan aku,kepada siapa lagi aku bisa memohon keampunan? jika bukan Engkau, siapa lagi yang bisa menetapkan hati ini pada jalan yang benar? ampunilah aku,kasihanilah aku, sungguh Engkau sahaja yang Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

HIDUP IBARAT RODA

Pengalaman saya dalam menghadapi hidup ini, tak lari daripada ditimpa pelbagai ujian dan dugaan.Tapi saya amat bersyukur,ujian-ujian tersebut menjadikan saya kuat dan kental dalam menempuh pelbagai onak dan duri dalam kehidupan. Petua yang boleh dikongsi... percayalah..setiap perkara pasti ada solusi..jangan mudah mengalah,jangan lari daripada masalah, just face it..LIFE IS GREAT..=)..selain itu doa yang paling membantu saya ketika kesulitan....(doa nabi yunus ketika didalam ikan nun)-21:87



لا إله إلا أنت سبح انك إني كنت من الظالمين

maksudnya:sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong ) melainkan Engkau(ya Allah),Maha Suci Engkau(daripada melakukan aniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku daripada orang-orang yang menganiaya diri sendir
i

diceritakan daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus berdoa dan bermunajat dengan doa diatas ketika berada dalam perut ikan, sehingga sampai suaranya di Arasy Allah. malaikat memberitahu Allah s.w.t tentang doa hambanya yang daif dari tempat asing(para malaikat tidak tahu bahawa suara tersebut berasal daripada nabi yunus).Lalu Allah swt bertanya kepada para malaikat "tahukah kamu suara siapakah itu? malaikat mengatakan "tidak Ya Allah" Allah memberitahu: "itulah suara Yunus,hambaKu" malaikat mengatakan: "Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. dia sentiasa mengingatiMu ketika senang, maka ingatlah dia ketika kesusahan" Allah menjawab: "sudah tentu" maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan nabi Yunus dari perutnya.(tafsir Ibn Hatim,tafsir ayat 87 surah al-anbiya,rujukan buku 101 doa para nabi dan rasul dalam Alquran terbitan telaga biru oleh ust Haji Zahazan mohamed)

daripada doa diatas, kita dapat dilihat uslub atau cara/teknik yang dilakukan nabi Yunus bila berhadapan dengan musibah. Mengagungkan Allah(lailaha lilla anta) kemudian mengakui kesalahan diri(inni kuntum mina al dhalimin). Sungguh ini yang Allah inginkan daripada kita apabila kita ditimpa ujian. Allah sangat suka pada hamba yang bertaubat, meminta ampunannya. Allah sangat suka pada ketundukan kita padaNya. Allah sangat suka bila hambanya mengakui segala kesalahan yang dilakukan . (tak percaya boleh cuba=) )
ada yang menafsirkan, Allah memberi ujian pada kita supaya kita dekat denganNya,kita meminta hanya padaNya,bergantung harap padaNya, Allah sangat suka bila kita berdoa padaNya,meminta pertolonganNya. kerana manusia pada fitrahnya, mencari pertolongan bila ditimpa masalah atau ujian. Jadi jangan malu untuk meminta padaNya. janganlah kita menjadi manusia yang takbur dan bongkak, walaupun sudah jatuh ditimpa tangga, masih tidak meletakkan Allah sebagai tempat pergantungan.nauzubillah.



Kenapa aku seringkali diuji?


1.Alif laam miim.

2.Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

3.Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”

(Surah Al-Ankabuut:1-3)





أم حسبتم أن تدخلوا الجنة ، ولما يأتكم مثل الذين خلوا من قبلكم ، مستهم البأساء
والضراء وزلزلوا حتى يقول الرسول والذين آمنوا معه: متى نصر الله؟ ألا إن نصر الله قريب


"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu cobaan seperti yang dialami orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka ditimpa kemelaratan , penderitaan, dan digoncang dengan pelbagai cobaan, sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "kapankah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
[2:214]







AKHIR KALAM

selamat menghadapi ujian pelajaran dan ujian kehidupan.semoga tabah dan sabar menghadapi pelbagai cobaan dalam kehidupan. Jangan Mengalah, jangan putus asa.Kita ada Allah taala.Mintalah padanya, berbaik sangkalah kepadaNya. Bila kita rasakan ujian yang dilalui sangat berat, cuba fikirkan orang lain yang bernasib lebik buruk daripada kita.Mudah-mudahan kita menjadi manusia yang bersyukur.Hidup masih panjang(betul ka?)..pelbagai onak dan duri yang bakal kita tempuhi. Maka siap sedia diri dengan ILMU, IMAN dan AMAL. Banyakkan BERDOA,kerana doa adalah senjata kita, umat Islam.
Ucaplah..Allahu akbar!!!!!!maka semua masalah akan menjadi kecil dengan izinNya.. kerana hanya Dia yang Maha Besar.

p/s:best of luck in exam. jom sesama mendoakan kejayaan semua.sungguh, doa seorang sahabat buat sahabatnya tanpa pengetahuan merupakan salah satu doa mustajab.mari semua kita gunakan senjata kita !!!!..semangat!!!!






rasulullah saw bersabda...
" Pelik sikap orang yang beriman, apabila ditimpa atasnya satu nikmat dia bersyukur, maka baginya pahala, demikian pula sebaliknya apabila ditimpa azab, maka dia bersabar, maka baginya pahala, dan tiadalah sikap begitu pada orang selain mereka"


boleh juga baca disini

Monday, March 9, 2009

=Ya Rasulallah=


Pepatah Melayu ada mengatakan “Tak Kenal, Maka Tak Cinta”. Demikianlah sikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambut kelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasan cinta terhadap baginda. Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW, seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya. Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ‘ St.. Valentino’ (valentineday) daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih
mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru,bersama kita mengenali & memahami biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW

BIODATA RASULULLAH SAW

  • Nama:Muhammad bin 'Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim
  • Tarikh Lahir:Subuh,Isnin,12 Rabiaulawal/20 April 571 M(tahun gajah,sempena peristiwa tentera gajah Abrahah menyerang Kaabah)
  • Tempat lahir:Di rumah Abu Talib,Makkah Al-Mukarramah
  • Nama bapa:Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim
  • Nama ibu:Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf
  • Pengasuh pertama:Barakah Al-Habsyiyyah(digelar Ummul Aiman,hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  • Ibu susu pertama:Twubaiwah(hamba perempuan Abu Lahab)
  • Ibu susu kedua:Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah

USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di
dalamnya.

USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN

(Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.

  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam'ah
  3. 'Aisyah binti Abu Bakar
  4. Hafsah binti 'Umar
  5. Ummi Habibah binti Abu Sufyan
  6. Hindun binti Umaiyah
  7. Zainab binti Jahsy
  8. Maimunah binti Harith
  9. Safiyah binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab binti Khuzaimah

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Khalthum
  7. Fatimah Az-Zahra'
Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.”

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )