Tuesday, October 28, 2008

+rEsEpI sUkA-SuKi+

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt kepada semua yang berkunjung ke blog JOMBLOWEH.
Catatan di petang hari,mungkin mengundang spekulasi lagi?Dan ingin & suka saya ingatkan bahawa blog ini adalah satu wadah curahan fikiran & idea.Bukan pembuktian,penyaksian yang kami inginkan penghormatan.Mungkin ada yang berfikiran begitu,dan kami tidak menghalang pola fikir anda.Dan yang pasti,tiada penghormatan paling agung melainkan dijanjikan syurga Allah swt nanti.

Mak aih,serius bebeno saya mengayat petang-petang hari ni.Ape kes?Em,sekadar merungkai kekusutan yang melanda blog aje.Tiada maksud lain.Ok,then nak cite pasal apa ye?Ok la,perempuan & dunia dapur jap.Ok x?Boleh terima x?Layanzzzzzzzzzz!!!=)


+Sambal sardin orang lain+

Sekadar berkongsi resepi,mudah,murah & sesuai di makan di mana sahaja.Ceh,dah jadi promoter super market dah.Ok,jom kita mulakan kelas memasak kita.Kalau kat gambar tu ade sambal sardin.Tapi saya nak share gulai sardin.Sesiapa yang ada cara lain,boleh comment.Sama-sama memanjangkan ilmu memasak yang kita ada.Act,saya tak reti pun memasak.Sekadar berkongsi resepi saat poket kering je.Layanz.

Ok,persiapan awal.Bahan-bahan nak masak dia seperti di bawah:
  1. Tuna & Sardin beli dari kedai.Terserah brand apa,kalo AYAM BRAND lagi sodap.
  2. Cili api 20 biji
  3. Kunyit idup 1 inci
  4. Bawang merah 10 biji(terserah selera)
  5. Santan 200ml
  6. Garam secukup rasa.
  7. Rempah kari(kalo nak wat kari sardin,then jangan masukkan kunyit tadi k)
  8. Kentang 5 biji(potong 6 setiap satu)
  9. Asam keping(ikut selera)
Ok,bahan-bahan dah siap.Kita g step by step lak.
  1. Kunyit,Bawang Merah,Cili Api di blender dengan santan yang dah dicairkan.Santan tu terserah selera.Kalo nak pekat,sikit kan air dia.
  2. Panaskan semua bahan tadi atas dapur hingga menggelegak.Masukkan asam keping
  3. Buka tin sardin,asingkan ikan dengan kuah.
  4. Masukkan kuah dalam bahan atas dapur.Kemudian masukkan kentang yang dipotong tadi.
  5. Tunggu hingga kentang lembut,baru masukkan garam.Air yang keluar dari kentang akan menawarkan semua rasa gulai.
  6. Akhir sekali,masukkan sardin.
  7. Tunggu hingga sebati.Angkat dan sedia untuk dihidang.
  8. Boleh makan dengan nasi,roti jala,roti canai & lempeng.
Selamat mencuba kepada semua.=)

P/s:Teringat kat kata Wan De(nenek saudara saya coz my grandma dah xde).Bila saya keluhkan rasa hati terpaksa belajar memasak untuk meneruskan idup kat perantauan,cepat-cepat Wan De tegur:

"Isyh,bagus la.Esok-esok,kalo berumah tangga kan senang.Kalo orang zaman dulu,dah lama kena ayat pedas:Tak yah belajar tinggi,alik-alik kat celuk dapur juga".

Aisyh,memang kena masak eh?Saya sengih jelah.Apo nak di kato jang.Dan saya teringat,satu ceramah yang mengatakan tanggungjawab memasak bukan atas seorang isteri.Dan proofnya sedang saya cari.Insyaallah,akan di kongsikan bila jumpa.Dan saya terfikir,adatkah yang mewajibkan kita(wanita) turun ke dapur?.

Apa-apa pun,mari mencuba resepi dan tingkatkan skill dalam hidup.Memasak ni skill juga kan?=)



3 comments:

cOkodok said...

assalamualaikum..

wahhHHhhH~ sadin itu adelah makanan yg unik weh, masak pape pon jadik sodap! tym pes year aku kmarok sgt ngan sadin, smp every wik, musti ade juadah sadin! hahaha

asal ko tak ltak resepi sadin masak lemak ko yg mjadi lagenda itu? hihi

adaibrahim said...

tu la sardinnye cik elis oii..aku panggil gulai.kalo nak wat kari,x yah buh kunyit..huhu..aku demam,nak gulai sardin!!!!!!!!!!

pumpkin said...

sedap mmg sedap
tp sardin mahal la~
huhu...

cmne org yg dh nk blk mesia bole demam ni??

demam kure2 ek..heehe =)