Tuesday, December 8, 2009

LOVE is CINTA.





Saya rasa,masalah hati dan perasaan,kasih mengasihi,berkongsi rasa, memiliki atau dengan kata lain 'Bercinta' adalah satu ujian yang sentiasa menjengah jiwa remaja. Saya dan adik-adik mengungkapkannya sebagai 'hati dilanda gempa' atau dalam kata lain 'kuch kuch hota hai (something happened in my heart).hehe.Saya tidak menolak kemungkinan bagi mana-mana remaja normal akan diuji dengan ketertarikan terhadap berlainan jantina. Cuma, bezanya ada yang mampu mengawalnya dan ada yang tidak mampu dan seterusnya melangkah lebih jauh. Saya bukan membenci atau menolak cinta. Tapi pada saya Cinta perlu ada tempat dan letaknya. Ada prioriti pada Cinta yang perlu diutamakan. Jadi bagaimanakah cara mengurus cinta? bagaimana pula untuk kita meletakkan prioritasnya..
sebelumnya,saya ingin berkongsi satu cerpen yang di post oleh seorang teman di fs.
hampir 80% daripada isinya merupakan pegangan saya dalam mengawal gempa..hehe
jom baca...



"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita at
au yang kita sayang? ”

Mak jawab, “dua-dua bukan..”

Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.

“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kem
udian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya

mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

Yang paling tahu hanya Allah..”
mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ”
mak menyusun ayat-ayatnya.

“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”

Saya memintas, “Tak faham..”

Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”

Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..

Mak menyambung

“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah..

Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.

Emak buat-buat tidak nampak.

Secret Admire

“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..

Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluan
g pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
Kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tud
ung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya..”
emak melemparkan pandangan ke lantai. “Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan..” sambung emak. Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya.
Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang ag
ama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.

Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh c
inta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada
batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

T
entu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. .
“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”
Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri.

Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
“Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara..” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jadi sebagai kesimpulan saya ingin berkonsi sedikit sebanyak yang saya faham tentang LOVE is CINTA


1.rasa cinta,sayang,ketertarikan,keterikatan itu adalah fitrah. Anda punya.saya juga ada. bahkan hampir semua makhluk yang Normal juga merasakannya

2.tapi sebagai seorang Islam, kita perlu meletakkan segala asas tujuan hidup kita kerana Allah swt

3.sedar atau tak.Allah yang memberi rasa rasa tersebut kepada kita. sebab apa? sebab Dia mahu menguji kita.sebab Allah cuma trigger kita. Nafsu dan syaitan pula men
jadi precipitating factor. Tapi kita punya Ilmu Agama untuk mengawal kita. so. ujian Allah vs godaan nafsu dan syaitan.mana yang akan kita pilih?pilihan di tangan kita dan Iman pula yang memimpin kita membuat keputusan yang Allah redha.jadi jom sesama check status iman kita.nk pilih Allah dan rasul atau nafsu dan syaitan?

4.Rezeki,Jodoh,Ajal telah Allah tentukan sejak azali lagi.ada yang berkata 'tapi still kita perlu berusaha'. Ya, memang usaha memang perlu.tapi saya tidak rasa bercinta tanpa akad adalah satu usaha.usaha yang boleh kita lakukan.


i)berusaha membaiki diri secara keseluruhan meliputi segala aspek.kita nak suami/isteri yang baik kan?jadi kita pun perlu menjadi baik.ingatlah janji Allah.perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

ii)banyakkan berdoa kepada Allah.

iii)mengelak dari pada melakukan maksiat luar dan dalam.even hati juga boleh melakuk
an maksiat dengan mengingat-ingat pada orang yang dicinta yang belum halal menurut syarak.saya teringat kata-kata murabbi saya "tidak mahu ku ingat pada mereka yang bukan milikku agar nanti siapa yang menjadi milikku tidak teringat pada yang bukan miliknya"

iv)banyakkan menuntut ilmu.supaya kita lebih mengenal Allah.tahu apa yang Allah suka.Dan willing untuk tinggal semua laranganNya.

5.point yang sama.jodoh ditangan tuhan.
Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.jadi bertawakkal dan berserahlah padaNya.ada yang bertanya macammana kita nak tahu orang tu jodoh kita?jika kita mengikut adab yang benar,segala proses akan berlaku dengan tenang dan aman. kita akan rasa ada keberkahan dalam tindakan kita.saya ada pelbagai versi cerita dari teman teman yang berkahwin tanpa bercinta sebelumnya.."syukur semuenye selesai dengan sangat tenang dan banyak urusan Allah mudahkan"

6.Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan, terimalah dengan hati yang redha.terima segala kelebihan dan kekurangan.saling lengkap melengkapi.saling memperbaiki.

7.percaya lah Allah takkan menganiayai kita.


8.akhir kata .jagalah Allah.maka nescaya Allah akan menjaga kita.

semoga bermanfaat=)

Saturday, November 28, 2009

berzikir kepada Allah


assalamualaikum

apabila anda berbicara
berbicaralah perkara yang baik2 dan bermanfaat
jika tidak, diamlah
ingatlah Allah dengan hati yang khusyu'
berzikirlah kepada Allah
kerana
hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram
penuhi hati kita dengan cinta kapadaNya, menyebutNya dan memikirkan tanda kekuasaanNya..ya waduud..

Friday, September 11, 2009

Dialah Segala-galanya


assalamualaikum..

saya melayari ILUVISLAM.COM dan terjumpa wallpaper ini...

download link :

http://wallpaper.iluvislam.com/category/cinta/page/2/


saya rasa sesiapa yg inginkan
"perubahan" dalam kehidupannya, boleh lah jadikkan wallpaper ini sebagai pembakar semangat untuk terus setia berjuang di jalan yg diredhai Allah dengan meninggalkan laranganNya.. insyallah

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

sesungguhnya, azab seksa allah itu adalah pasti bagi yg ingkar


Dari Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Siapa yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat dia akan tersiksa” Aisyah bertanya:”Bukankah Allah Azza Wajalla telah berfirman , “Mereka akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah” (al-Insyiqaq:8)” Jawab baginda:”Itu belum pemeriksaan, tetapi baru sekadar mengemukakan bukti-bukti.” Orang yang diperiksa dengan teliti nescaya tersiksa.”

[HR Muslim]

dan... akhir kata


Nabi Muhammad saw bersabda "Wahai anak muda, berkahwinlah. Sesiapa yang mampu, berkahwinlah kerana ia lebih memelihara mata dan menjaga faraj. Sesiapa yang tidak mampu untuk berkahwin hendaklah dia berpuasa kerana puasa adalah penahan (daripada gelojak nafsu)."
[Bukhari]


wassalam =)

Wednesday, August 5, 2009

waktu2 y penuh berkah

Align Center


YA RAHMAN...YA RAHIM

ya Allah, limpahkanlah berkah pada kami di bulan Rajab dan Sya'ban dan hidupkanlah kami sampai bulan Ramadhan

marilah kita sama-sama menyambut bulan-bulan y penuh berkah ini dgn amal soleh :D

Wednesday, July 8, 2009

Pernahkah Kamu Memungkiri Janji?




Bayangkan…

Seorang rakan telah berjanji untuk berjumpa dengan anda di sebuah warung makan pada pukul 8 malam

8.20

8.30

8.40

Kelibat rakan anda masih tidak ternampak

9.00

9.30

Anda pun membuat keputusan untuk call rakan anda

Anda akan berkata


A) ‘oi, mane engkau ni?? Dah sejam lebih aku tunggu! Ko ingat aku tunggul?’

B) ‘Assalamualaikum. Ko katne ni?’ (dengan suara yg lembut)

C) ‘oi nate! kalau benci kat aku pon, takyah lah suro aku tunggu lame camni!’


D) ‘siap lah ko esok! SIAL ’

Anda pun berlalu dari warung makan tersebut dengan sangat marah.

Ok, sekarang cuba bayangkan diri kita sendiri berjanji tiap-tiap hari, 5 kali sehari

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh ALLAH kepada kamu semuanya, (diutus oleh ALLAH) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, Nabi yang Ummi (buta huruf) yang beriman kepada ALLAH dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk"
[Surah al-A'raf: 158]

Mengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mesti dizahirkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota badan. Ini adalah satu bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara sifat orang-orang munafik.

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau-sebenar-benarnya Rasulullah". Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-NYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta."
[Surah al-Munafiqun: 1]

Iman dan Islam itu adalah tersimpul juga didalam Dua Kalimah Syahadah dan sesungguhnya semua amalan iman dan Islam itu adalah untuk mentahqiqkan Dua Kalimah Syahadah di dalam hati seseorang Muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya. Sebagai pernyataan Islam dan iman seseorang itu ialah dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Ramai orang yg mengaku diri mereka MUSLIM tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

Aurat didedahkan tanpa segan silu

Tudung tidak dipakai melambangkan dirinya ‘moden’ dan ‘fashionista’

Berpegangan tangan dengan bukan muhrim tanpa segan silu


...Berkapel !!!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
[Bukhari dan Muslim]


Bertanyalah pada diri kita sendiri, kadang-kadang kita wiridkan kalimah besar ini sehingga beribu-ribu kali, kita sebutkan sehingga tergeleng-geleng kepala kita dalam wirid kita itu tapi kenapa kalimah besar ini tidak mampu menggugah jiwa kita untuk mencapai Iman? meruntun naluri untuk mencapai Taqwa? Dan menggetar perasaan untuk menjadi mukmin yang benar?

jika kita telah berjanji dengan ALLAH bahawa ALLAH adalah tuhan kita yang berhak disembah

… Kenapakah kita tidak menjalankan suruhannya?
… kenapakah kita melakukan hal-hal yg Dia benci?

Jika kita telah berjanji dengan ALLAH bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah

… Kenapakah kita tidak menghayati hadith-hadith Nabi?
… kenapakah kita masih hidup dalam kemungkaran?

Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.”
[Bukhari dan Muslim]

Dari Nukman r.a : saya mendengar Nabi SAW bersabda :
" sesungguhnya isi neraka yang paling ringan siksaannya di hari kiamat adalah seorang yang diletakkan bara api di tapaknya dan kerana itu menggelegak benaknya"
[Bukhari]

Friday, May 8, 2009

ummi ummi ummi... abi..

"DUHAI IBUNDA KAULAH ANUGERAH..ISTIMEWA..
berkorban jiwa raga redahi, hidup yang mencabar..."

"ibu..ibu..ENGKAULAH ratu hatiku.."

"ibu bergenang air mataku, terbayang wajahmu yang redup sayu"

"ibu, engkau yang aku rindu, engkau bertakhta dihatiku"


rindu..rindu dan rindu...
rindu bertemu denganmu,ibu..
Ibu,
aku rindu, aku pilu,..
ingin sekali menatapmu, merangkul tubuhmu..
ibu,
temanku, buah hatiku,
aku ingin berbicara denganmu,
ibu...
kenangku dalam doamu.
ibu,
maafkan aku atas segala dosaku...
ibu..
rindu..rindu dan rindu...T_T


selamat hari ibu.....Istimewa buat semua yang bergelar Ibu...

Hari ini..hati saya di buai rindu.Rindu pada Ibu.Rindu berbicara dengan Ibu.Tak dapat dinafikan, saya sangat rapat dengan ibu. Perpisahan sementara ini masih tidak dapat memisahkan saya dengan ibu. Jika ramai yang gemar membelanjakan wang bulanan dengan bershopping,saya malah lebih suka membeli pulsa ,buat hubungi ibu. Sungguh,kadang-kadang saya rasa kehidupan saya sangat terikat dengan ibu. Walaupun saya selalu berpesan pada diri ...."bebaskan diri daripada rasa terikat dan memiliki", masih, saya belum mampu mengaplikasikannya dalam keterikatan dengan ibu.

I always remember when you become my mother, BUT when did you become my best friend?

Ibu bukan sahaja hanya berperanan sebagai seorang ibu, yakni insan yang melahirkan saya, tetapi juga seorang guru,ustazah,pembantu rumah tangga,murobbiah,motivator,kaunselor,dan kini TEMAN TERBAIK DAN TERKARIB yang pernah saya ada.Ibu, menerima saya apa adanya. Ibu, menilai saya dengan pandangan hatinya. Ibu, sentiasa bersama di saat jatuh bangun dalam hidup saya. Ibu,sentiasa disisi, membantu diri untuk muhasabah diri. Ibu, sentiasa sudi menjadi cermin buat diri, mengkoreksi saya setiap sisi. Ibu,tidak saja memberi, kadang-kadang memarahi,kadang-kandang mengkomentari, bahkan kadang kala menghukumi. Tapi yang pasti... Ibu tidak pernah tinggalkan saya sendiri.

saya paling kagum dengan ketabahan ibu.menghadapi kami satu persatu dengan pelbagai ragam dan kerenah. Ibu, yang pasti sentiasa tidak berputus asa mendidik kami, berdoa untuk kami, menegur kami walau kadang-kadang hatinya disakiti. Ibu, tidak pernah membela diri sendiri.teringat satu mesej yang pernah ibu hantar sebagai membalas ucapan saya sempena hari ibu berapa tahun lalu..


"................i am sorry for all my weakness....so do forgive me. what you have got so far, are all from Allah,the Great and Merciful..so do great syukur to HIM. Being a mother means that........."
(maaf,panjang pulak nak kena taip,ni sahaja kot yang mampu dikongsi )


Antara banyak-banyak perkara yang boleh dikatakan, Ibu memilih untuk meminta maaf kepada kami, speechless saya dibuatnya sambil ditemani air mata...

saya juga terkenang saat-saat saya mengalami konflik diri diawal usia remaja...ibu sentiasa disisi, memaafi diri atas segala perbuatan yang menyakiti, memandu diri ini, membuka mata hati ini kearah kebenaran, menanam diri dengan erti kesabaran,tanpa Ibu, saya tidak mungkin sampai ketahap ini.Kini, bila melihat ibu masih gigih menghadapi pelbagai kerenah adik -adik ,saya serasa seperti ingin menjerit......"dengarla cakap mak!!!! susah sangat ka?????" Tapi Ibu, sebaliknya mengatakan....

"Ini semua tanggung jawab mak,Anak-anak ni Amanah dari Allah untuk mak, mak kena jalankan tanggung jawab ini sebaiknya"

"mak rasa semua ni ujian dari Allah untuk mak, lama dah DIA bagi mak rehat, sekarang DIA nak suruh bekerja semula"

"mak takkan putus asa, ni anak, bukan gigi rosak, kalau gigi rosak, boleh cabut, buang , sakit pun hilang. Anak, macam mana pun takkan hilang perhubungan ini"

"sebab apa doa ibu Allah makbulkan? sebab ibulah insan yang paling menyayangi anaknya."

"kalau bukan mak,siapa lagi?"


Kekuatan dan kesabaran ibu menjadi inspirasi saya. Kelembutan dan kasih sayang ibu melenturkan kekerasan hati saya.Nasihat dan motivasi ibu sentiasa terngiang-ngiang di memori saya. Ibu sentiasa tahu bila saya memerlukannya. Ibu, selalu berfikir demi anak-anaknya.Ibu rela bekorban segalanya demi anak-anaknya.
Andainya mereka mengerti.........


HARGAILAH IBU,SAYANGILAH IBU,MOHONKAN KEMAAFAN DARI IBU, sebelum terlambat....


mesej buat ibu,
"mak,selamat hari Ibu!semoga tabah dan tegar menghadapi segalanya.
Maaf, tidak dapat bersama turun ke medan pertempuran ini. Tidak dapat bersama ketika mak perlukan saya. Tapi saya sentiasa titipkan doa buat mak, agar Allah selalu menjaga mak dan semua. DIA tidak akan tinggalkan mak dan saya, juga kita semua.Semoga Allah takdirkan yang terbaik buat kita semua.Terima kasih dan maaf atas segalanya.sayang mak,dulu,sekarang,sampai bila-bila.....'


p/s:KBSR..maaf ye..this post tribute to my mum..apa kata semua buat dedikasi post untuk ibu masing-masing.=).SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA PARA IBU JUGA BAKAL-BAKAL IBU=]


Sunday, May 3, 2009

Saya Single but Not Available... yet


“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”

[Al-Jaatsiyah:23]

Assalamualaikum..


[KBSR = Kelab Bercinta Selepas Rumahtangga]


Ramai yg bertanya dan berkata kepada saya,


‘KBSR kan untuk bbudak yg tammaw n tak pnah kapel je kan? Pastu nape ko kasik bbudak yg kapel masok gak? Tadek kualiti dah la klab ko tu’


‘ko sbagai Presiden klab, pastu kalu ttibe ko kapel camne?’


‘bwatpe ko tubuhkan KBSR?’


‘budak2 KBSR ni jual mahal je sume.. tak pon tadek sape nak.. sbab tu ko buat Kelab ni kan?’


‘poyo je korang ni.. bajet bagos laaaaa


[untuk entry kali ini saya akan cuba untuk menjawab pelbagai persoalan yg telah diberikan kepada saya sejak penubuhan KBSR diumumkan. tetapi saya akan start dulu dengan cerpen pendek ni, umpama kick start kepada semua jawapan yg telah saya coretkan]

Mula-mula..


Sang Lelaki terpandang Si Puteri.. skali pandang tak cukup, ditenungnya Si Puteri itu..

terdetik di hati Sang Lelaki

“cantiknyaa… aku nak kenal dia dengan lebih dekatlah”

Lalu Sang Lelaki ini cuba untuk mendekatkan diri dengan Si Puteri.. diberikan kepada Si Puteri SMS pertama

“boleh kita berkenalan?”

Si Puteri tidak menjawab… [kenelah jual mahal ok.. nanti nampak murah sangat plak kalu balas tros~haha]

Berbagai-bagai asakan diberikan oleh Sang Lelaki.. Ferrero Rocher, Toblerones, SMS “ALL THE BEST” ketika exam dan ajakan-ajakan untuk makan bersama

Si Puteri pon terfikir

“hurmmm.. die nie cam siyes je nak kat aku”


Maka Si Puteri pun mula menerima ajakan-ajakan Sang Lelaki..

Mula-mula – dating berdua-duaan.. dah abes dating, gayut kat telefon plak bjam-jam

Pastu – pegang-pegang tangan [kenelah pegang tangan.. nak lintas jalan kan susah?]

Pastu lagik – berdua-duaan di bilik.. niat mereka ikhlas untuk belajar bersama [Study group laa... Kan exam nak dekat]


What happens next, mesti korang pun taw kan sebab...


Scenario ini adalah SANGAT common kan????


JOM kite lihat pandangan Islam mengenai hal ini

1. Menjaga pandangan

“Katakanlah kepada laki-laki yg beriman : hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yg demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg mereka perbuat”

[An-Nuur:30]


“wahai Ali, janganlah engkau ikuti pandangan dengan pandangan (berikutnya), karena sesungguhnya (hanya boleh) bagimu yg pertama dan bukan untukmu yg terakhir”

[Riwayat at-Tirmidzi]


“katakanlah kepada wanita yg beriman, ‘hendaklah mereka menahan pandangannya’ ”

[An-Nuur:31]


Akan tetapi, bolehnya melihat seorang lelaki disyaratkan ketika dilakukan tanpa syahwat dan tanpa adanya fitnah, juga adanya keperluan. Lalu semua ini tidak bererti bolehnya bercampur-baur dengan lelaki yg bukan mahram, saling pandang juga berbincang-bincang tanpa keperluan.. wallaahu’alam


Beberapa keadaan yg dibolehkan untuk melihat seorang wanita

  1. Ketika meminang (khitbah)
  2. Melihat untuk mengubati
  3. Penglihatan seorang hakim dan saksi
  4. Melihat untuk melakukan transaksi (jual beli)

[Abu Malik Kamal bin as-Sayyid Salim : Ensiklopedia Fiqih Wanita]

2. Diharamkan seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita bukan mahram

“janganlah seorang laki-laki berduaan dengan seorang wanita kecuali jika ditemani dengan mahramnya”

[Riwayat Al Bukhari dan Muslim]


“janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kerana syaitan adalah yang ketiganya”

[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad dengan sanad yg shahih]

3. Diharamkan seseorang wanita bersentuhan dengan lelaki yg bukan mahramnya, vice versa

“ditusuknya kepada salah seorang di antara kalian dengan jarum dari besi, itu lebih baik baginya daripada menyentuh seorang wanita yg tidak halal baginya”

[Riwayat Ath-Thabrani dalam al-Kabiir]


“Rasulullah bersabda : sesungguhnya, aku tidak berjabat tangan dengan kaum wanita”

[Riwayat Malik,Ahmad,at-Tirmidzi,an-Nasa-i, dan Ibnu Majah]

4. Seorang wanita boleh berbicara dengan lelaki dengan aturannya menurut syara’ – ketika aman dari fitnah


Perbincangan tersebut boleh dilakukan ketika mendesak dan diperlukan dengan tetap menjaga aturan-aturan syari’at. Ertinya, tiada kelemahlembutan di dalam ucapan.


“..maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yg ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yg baik”

[Al-Ahzaab:32]


Dalil yg memperbolehkan hal ini


“..apabila kamu meminta sesuatu keperluan kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir”

[Al-Ahzaab:53]

5. Berbicara dengan lelaki di telefon kerana keperluan

Harus hukumnya seorang wanita berbincang-bincang dengan seorang lelaki di telefon kerana keperluan dan dengan tetap menjaga aturan-aturan syari’at. Ada pun jika telefon tersebut boleh menimbulkan suasana menyerupai berdua-duaan, tetap dilarang oleh syari’at, sebagaimana hadith ini


“janganlah seorang lelaki berduaan dengan seorang wanita kerana syaitan adalah pihak ketiganya”

[Riwayat Ahmad]


Kemudian hal tersebut memungkinkan keduanya berbincang-bincang yg menjerumuskan kepada sesuatu yg haram, maka meninggalkannya merupakan kewajiban, wallaahua’alam

[Kitab Jaami’ Ahkaamin Nisaa’ (IV/366)]



Soo.. ape kesimpulannya??


Kapel = HARAM


1.Orang yang berkapel tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.
2.Orang yang berkapel tidak akan boleh menjaga hijab.
3.Orang yang berkapel biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.
4.Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.
5.Berkapel same dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.
6.Orang yang berkapel, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.


Back to the questions yg teman-teman selalu tanya kepada saya…



Tujuan KBSR ditubuhkan adalah supaya lebih ramai orang tahu bahawa kapel itu adalah haram dan dapat menghindarinya secepat yg mungkin. Tidak pernah terlintas di hati saya untuk bermegah-megah dengan kewujudan Kelab ini. Saya memang tidak layak untuk menghakimi sesiapa yg sedang atau telah berkapel, saya cuma layak untuk memberikan peringatan kepada sesiapa yg sanggup mendengar dan membaca


“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa, dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih. Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan. Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar. Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.”

[Al-Jaatsiyah:7-11]


Memang saya tak dapat nafikan kapel itu sudah seperti budaya, seolah-olah masyarakat berfikir [and ramai jugak yg pnah cakap camni kat saye]


“sume orang kene kapel, sape tak kapel that means tadek orang nak kat die laa tuuuu~”


Tapi, bukankah kehidupan akhirat yg kite cari??


“barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yg Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam: ia akan memasukinya dalam keadaan tercela dan terukir. Dan barangsiapa yg menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yg usahanya dibalasi dengan baik”

[Al-Israa’ : 18-19]


Bkapel cumelah kebahagiaan sementara di dunia.. kita tak pasti pon yg Si Dia akan jadik jodoh kita pon kan?


What if kita kapel n mati tanpa sempat bertaubat kepada Allah? Balasan Allah terhadap perkara-perkara yg haram dilakukan adalah mengerikan… [takot plak nak pk.. huhu]


Akan tetapi..


“.. dan barangsiapa yg mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”

[An-Nisaa’:110]


Saya harap semua hujah-hujah di atas dapat menjawab segala persoalan yg telah ditanya oleh sesiapa sahaja kepada saya…


Saya tahu teman-teman seperjuangan saya juga telah dihujani dikilati diributi dengan soalan-soalan sedemikian..


Semoga kita dapat terus istiqamah dalam landasan yg murni ini dan apabila kita mempunyai calon suami/isteri di masa hadapan, kita dapat ke gerbang perkahwinan dengan cara-cara yg telah Islam tetapkan.. INSYA ALLAH


“ sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berperang di jalanNya dalam barisan yg teratur seakan-akan seperti suatu bangunan yg tersusun kukuh”

[Ash-Shaff:4]


“sesungguhnya orang-orang yg mengatakan ‘Tuhan kami ialah Allah’ kemudian mereka tetap istiqamah maka tiada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya;sebagai balasan atas apa yg telah mereka kerjakan”

[Al-Ahqaaf:13-14]




p/s: maaf, entry kali ni panjang sket… harap tadek sape yg tersenggok2 nantok tym bace~ haha

p/ss: tahniah kepada Cik Nasfati binti Masngut, ahli KBSR yg terbaru :)