Wednesday, July 8, 2009

Pernahkah Kamu Memungkiri Janji?




Bayangkan…

Seorang rakan telah berjanji untuk berjumpa dengan anda di sebuah warung makan pada pukul 8 malam

8.20

8.30

8.40

Kelibat rakan anda masih tidak ternampak

9.00

9.30

Anda pun membuat keputusan untuk call rakan anda

Anda akan berkata


A) ‘oi, mane engkau ni?? Dah sejam lebih aku tunggu! Ko ingat aku tunggul?’

B) ‘Assalamualaikum. Ko katne ni?’ (dengan suara yg lembut)

C) ‘oi nate! kalau benci kat aku pon, takyah lah suro aku tunggu lame camni!’


D) ‘siap lah ko esok! SIAL ’

Anda pun berlalu dari warung makan tersebut dengan sangat marah.

Ok, sekarang cuba bayangkan diri kita sendiri berjanji tiap-tiap hari, 5 kali sehari

“Aku bersaksi bahawa tiada tuhan (yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya) melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Pesuruh ALLAH.”

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya aku adalah Pesuruh ALLAH kepada kamu semuanya, (diutus oleh ALLAH) yang menguasai langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang menghidupkan dan mematikan. Oleh itu, berimanlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, Nabi yang Ummi (buta huruf) yang beriman kepada ALLAH dan Kalimah-kalimahNya (Kitab-kitabNya); dan ikutilah dia, supaya kamu beroleh hidayah petunjuk"
[Surah al-A'raf: 158]

Mengucap dua kalimah syahadah adalah salah satu daripada Rukun Islam. Ia mesti dizahirkan dengan lidah, dibenarkan dengan hati dan dilaksanakan dengan anggota badan. Ini adalah satu bentuk pengakuan beriman yang lahir dari hati yang ikhlas beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang membuat suatu pengakuan dan bersyahadah tetapi tidak mempercayai perkara yang disebutkannya, maka penyaksiannya adalah dusta dan bohong kerana perkara yang dinyatakan itu adalah tidak selari dengan keyakinannya sendiri dan itu adalah di antara sifat orang-orang munafik.

“Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau-sebenar-benarnya Rasulullah". Dan ALLAH sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-NYA, serta ALLAH menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta."
[Surah al-Munafiqun: 1]

Iman dan Islam itu adalah tersimpul juga didalam Dua Kalimah Syahadah dan sesungguhnya semua amalan iman dan Islam itu adalah untuk mentahqiqkan Dua Kalimah Syahadah di dalam hati seseorang Muslim dan menjadi permulaan dan penyudahnya. Sebagai pernyataan Islam dan iman seseorang itu ialah dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah

Ramai orang yg mengaku diri mereka MUSLIM tetapi mereka tidak memahami dengan sebenar-benarnya maksud dan tuntutan daripada pengakuan Dua Kalimah Syahadah ini.

Aurat didedahkan tanpa segan silu

Tudung tidak dipakai melambangkan dirinya ‘moden’ dan ‘fashionista’

Berpegangan tangan dengan bukan muhrim tanpa segan silu


...Berkapel !!!


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Seseorang yang hendak berzina, tidak akan melakukan zina itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak minum arak, tidak akan minum arak tersebut semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak mencuri, tidak kan melakukan perbuatan itu semasa ia berkeadaan sempurna imannya; dan seorang yang hendak melakukan rompakanyang lazimnya menjadikan orang yang merompak itu memandang sahaja kepadanya, tidak akan merompak semasa ia berkeadaan sempurna imannya.”
[Bukhari dan Muslim]


Bertanyalah pada diri kita sendiri, kadang-kadang kita wiridkan kalimah besar ini sehingga beribu-ribu kali, kita sebutkan sehingga tergeleng-geleng kepala kita dalam wirid kita itu tapi kenapa kalimah besar ini tidak mampu menggugah jiwa kita untuk mencapai Iman? meruntun naluri untuk mencapai Taqwa? Dan menggetar perasaan untuk menjadi mukmin yang benar?

jika kita telah berjanji dengan ALLAH bahawa ALLAH adalah tuhan kita yang berhak disembah

… Kenapakah kita tidak menjalankan suruhannya?
… kenapakah kita melakukan hal-hal yg Dia benci?

Jika kita telah berjanji dengan ALLAH bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah

… Kenapakah kita tidak menghayati hadith-hadith Nabi?
… kenapakah kita masih hidup dalam kemungkaran?

Daripada ‘Itban bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tiada seorang pun yang mempersaksikan bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya aku adalah utusan Allah lalu ia masuk neraka ataupun neraka membakarnya.”
[Bukhari dan Muslim]

Dari Nukman r.a : saya mendengar Nabi SAW bersabda :
" sesungguhnya isi neraka yang paling ringan siksaannya di hari kiamat adalah seorang yang diletakkan bara api di tapaknya dan kerana itu menggelegak benaknya"
[Bukhari]

No comments: