Sunday, January 4, 2009

->wAnItA=rAmA?<-

Salam alaik.
Dah lama tak berblog,busy memanjang.Rama-rama pun dah hinggap wat sarang.Ye ke?Mengarut je lah.Em,ni email yg saya dapat baru-baru ni.Jom bersama kita hayati:


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama,
kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat
rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah
mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang
tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang
melekat di jari anda warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke
jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai
oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya
lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat
turun setiap kali ada tangan-tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah
telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang
membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak
dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga
wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi
oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa
membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada
kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong
tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan
evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi
sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita
untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah
terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab
ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai
manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda
adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar indah dipandang tetapi
diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan
kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda
ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan
maruah diri anda berada pada taraf A1, sebaik sahaja anda tidak peduli
kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.

Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan
manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap
kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun
rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran
manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran
terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai
bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai
anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi
tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap
ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah
warna-warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita anggun yang punya
nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.

Tetapi ingat!!!!
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda!!

1 comment: