Friday, March 20, 2009

Lapangkanlah DadaMu


“ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku”

(Thaahaa; 20:25)


“bukankah kami telah melapangkan untukmu dadamu?”

(Alam Nasyrah; 94:1)



Penyebab y dapat membantu melapangkan dada:

(1)mengamalkan ajaran tauhid y disampaikan oleh Nabi Muhammad,

tauhid yang jernih, indah lagi besar iaitu kalimah:

laa ilaaha illallooh (tiada tuhan y disembah melainkan Allah)



“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah sebaik2 pelindung”

(ali’Imran;3:173)



Mari kita sama2 berfikir sejenak..

apa y dpt kita lakukan sebagai tanda pengorbanan jiwa dan raga kt hanya

kepada Yang Maha Tunggal lagi Maha Esa?

Sudahkah kt berusaha mengenal & mengamalkan Islam

dan menghayati keindahan Islam??


Ketika Abu Bakar Ash-Shiddiq sakit. Para sahabat bertanya.

” Apakah sakit y engkau rasakan?”

Abu Bakar menjawab: “Aku mengeluh kerana dosa2ku”


Abu Bakar mengeluh kerana dosa2nya,

padahal dialah y membelanjakan harta, darah, airmata, jiwa, dirinya,

malam dan siang harinya demi menolong Laa ilaaha illallooh…


Apabila Allah hendak melapangkan dada hambaNya

dan membuatkannya bahagia di dunia dan akhirat.

Allah akan melapangkan dadanya utk beriman,

menjalankan syariat Islam.


“Ya Allah, pimpinlah hati kami dgn Nur keimananMu,

bangkitkan kami pada waktu2 y paling engkau cintai,

gunakan kami untuk amalan y paling engkau cintai

& satukan hati kami dengan hati-hati y mencintaiMu”



“Ya Allah, kami memohon kpdMu,

kurniakan kami lidah y basah menyebut namaMu,

hati y segar mensyukuriMu.

tubuh y ringan melaksanakan perintahmu.

Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu

iman y sempurna, hati y khusyuk, ilmu y bermanfaat.

kami memohon kpdmu keyakinan y benar2 teguh, agama y lurus.

kami memohon kepadaMu keselamatan dr bala bencana.

kami memohon kpdMu kecukupan penuh drpd mengharapkan kpd manusia.

Berikan kami iman y sebenarnya terhadapMu sehingga

kami tidak merasa bimbang dan tidak mengharapkan selainMu, tidak menyembah selainMu.

Jadikanlah kurniaanMu y terhampar luas kpd kami, keluarga kami, anak pinak kami

dan orang2 y bersama kami, dgn rahmatMu.

Jgn biarkan kami berpaut kpd diri sendiri barang sedetik pun atau kurang dari itu.

Wahai sebaik-baik y memperkenankan.

Selawat dan sejahtera Allah atas junjungan kami

Muhammad Nabi y mulia dan keatas keluarga serta para sahabatnya sekalian.”



Katakanlah (wahai Muhammad):

”wahai Tuhan y mempunyai kuasa pemerintahan!

Engkaulah y memberi kekuasaan kpd sesiapa y engkau kehendaki

dan engkau jualah y mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa y engkau kehendaki.

Engkau jualah y memuliakan sesiapa y engkau kehendaki

dan engkau jualah y menghina sesiapa jua y engkau kehendaki.

Dalam kekuasaan engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.

Sesungguhnya engkau maha kuasa atas tiap2 sesuatu.

engkau (wahai tuhan) y memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang

dan engkau jualah y mengeluarkan sesuatu y hidup dr benda y mati

dan engkau jualah y mengeluarkan benda y mati dalam sesuatu y hidup.

engkau jualah y memberi rezeki kpd sesiapa y engkau kehendaki, dgn tiada hitungan hisabnya.”



“Ya Allah, inilah saat ketibaan malamMu dan berlalunya siangMu

dan inilah saat suara2 org y berdoa kpdMu.

Maka oleh itu ampunilah dosaku.

Ya Allah, sesungguhnya engkau mengetahui bahawa

hati2 ini telah berkumpul kerana cinta padaMu,

bertemu utk mentaatiMu dan bersatu utk menerima seruanMu

serta mengikat janji utk menolong menegakkan syariatMu.

kuatkanlah ya Allah ikatannya dan teruskanlah kemesraannya,

tunjukilah jalan2nya dan penuhi ia (hati2 manusia) dgn

NurMu y tidak terpadam, lapangkanlah dada2nya

dgn limpahan keimanan terhadapMu

dan keindahan tawakkal kpdMu.

Hidupkanlah hati2 ini dgn mengenaliMu

& matikan ia sbgai syahid krna berjuang di jlnMu.

sesungguhnyaengkaulah sebaik2 pelindung dan sebaik2 penolong.

Ya Allah, perkenankanlah dan cucurilah kesejahteraan ke atas junjungan kami

Muhammad s.a.w dan keatas ahli keluarga dan para sahabatnya

serta berilah keselamatan y sebanyak2nya.”


amiin



No comments: