Sunday, February 14, 2010

Kasih Selamanya!

Salam alaik.
14 Februari setiap tahun, ramai antara kita mengingatinya sebagai hari buat kekasih. Yang ada buayafren, dihadiahkan baju berwarna oren. Kalau yang ade gelifren lak, dihadiahkan bunga sampai sedozen.Alahai, berabih duit sebab kekasih hati punya hal.
Anak lupa pada mak..pada ayah dan leka dengan dunia penuh kepalsuan. Tergadai maruah, harga diri dan tenggelam dalam keasyikan. Terkadang lupa pada seraut wajah tua yang menanti di rumah dengan kasih abadi sepanjang zaman. Biarpun dia kekasih abadi, kasih kita masih berbelah bahagi. Jadi, bersama kita renungkan..hakikat kasih seorang ibu yang mungkin sudah lama kita lupakan!
-------------------------
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.

Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Bersama kita renungkan..bagaiman kita membalas nilai kasih dan cinta dia, seorang ibu?

No comments: