
hampir 80% daripada isinya merupakan pegangan saya dalam mengawal gempa..hehe
jom baca...
"Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.
“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya
mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.
“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
“Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjokan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..” Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini..
Mak menyambung
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
Persoalannya ialah..
Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.
Emak buat-buat tidak nampak.
Secret Admire
“Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur... Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. . Lama budak tu tunggu mak..
Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak.. Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu.” Mak merenung jauh. Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..
“Mak memang tak ada perasaan lansung pada dia ke?” saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil. “Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.. Mak, seperti kakak..” mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.
“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.
“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama ada tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak..” mak menelan air liurnya. Saya diam. Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.
Adakah ia suatu diskriminasi?
“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..” Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan, “Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.
Bukan luar biasa
Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini.
“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci.
Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.
Renung-renungkan dan selamat beramal.
Jadi sebagai kesimpulan saya ingin berkonsi sedikit sebanyak yang saya faham tentang LOVE is CINTA
1.rasa cinta,sayang,ketertarikan,keterikatan itu adalah fitrah. Anda punya.saya juga ada. bahkan hampir semua makhluk yang Normal juga merasakannya
2.tapi sebagai seorang Islam, kita perlu meletakkan segala asas tujuan hidup kita kerana Allah swt
3.sedar atau tak.Allah yang memberi rasa rasa tersebut kepada kita. sebab apa? sebab Dia mahu menguji kita.sebab Allah cuma trigger kita. Nafsu dan syaitan pula menjadi precipitating factor. Tapi kita punya Ilmu Agama untuk mengawal kita. so. ujian Allah vs godaan nafsu dan syaitan.mana yang akan kita pilih?pilihan di tangan kita dan Iman pula yang memimpin kita membuat keputusan yang Allah redha.jadi jom sesama check status iman kita.nk pilih Allah dan rasul atau nafsu dan syaitan?
4.Rezeki,Jodoh,Ajal telah Allah tentukan sejak azali lagi.ada yang berkata 'tapi still kita perlu berusaha'. Ya, memang usaha memang perlu.tapi saya tidak rasa bercinta tanpa akad adalah satu usaha.usaha yang boleh kita lakukan.
i)berusaha membaiki diri secara keseluruhan meliputi segala aspek.kita nak suami/isteri yang baik kan?jadi kita pun perlu menjadi baik.ingatlah janji Allah.perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
ii)banyakkan berdoa kepada Allah.
iii)mengelak dari pada melakukan maksiat luar dan dalam.even hati juga boleh melakukan maksiat dengan mengingat-ingat pada orang yang dicinta yang belum halal menurut syarak.saya teringat kata-kata murabbi saya "tidak mahu ku ingat pada mereka yang bukan milikku agar nanti siapa yang menjadi milikku tidak teringat pada yang bukan miliknya"
iv)banyakkan menuntut ilmu.supaya kita lebih mengenal Allah.tahu apa yang Allah suka.Dan willing untuk tinggal semua laranganNya.
5.point yang sama.jodoh ditangan tuhan.Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita.jadi bertawakkal dan berserahlah padaNya.ada yang bertanya macammana kita nak tahu orang tu jodoh kita?jika kita mengikut adab yang benar,segala proses akan berlaku dengan tenang dan aman. kita akan rasa ada keberkahan dalam tindakan kita.saya ada pelbagai versi cerita dari teman teman yang berkahwin tanpa bercinta sebelumnya.."syukur semuenye selesai dengan sangat tenang dan banyak urusan Allah mudahkan"
6.Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan, terimalah dengan hati yang redha.terima segala kelebihan dan kekurangan.saling lengkap melengkapi.saling memperbaiki.
7.percaya lah Allah takkan menganiayai kita.

semoga bermanfaat=)