Friday, March 6, 2009

Menutup Aurat Dan Berhias



Wanita ibarat epal...

Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran di tanah.
Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada di puncak pokok.
Susah dipetik, susah digapai.
Kadang-kadang epal itu risau,"kenapa diriku belum dipetik?"
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi
Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tidak ramai yang berani memetiknya
Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu
Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat
Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi...



Definisi Tabarruj
Qatadah mengatakan : "iaitu wanita yang jalannya dibuat-buat dan genit"
Muqatil mengatakan : "tabarruj adalah tindakan yang dilakukan seorang wanita dengan melepaskan jilbabnya, sehingga tampak darinya, gelang dan kalungnya"

Ibnu Katsir mengatakan : "iaitu wanita yg keluar rumah dengan berjalan di hadapan orang laki2. yang demikian itu disebut sebagai tabarruj jahiliyah"
Az-Zajjaj Abu Ishaq Ibrahim bin As-Sirri rahimahullahu berkata: “Tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan segala yang dapat mengundang syahwat laki-laki.”
Kesimpulan Definisi : Tabarruj bererti berhias dengan memperlihatkan kecantikan dan menampakkan keindahan tubuh dan kecantikan wajah

Larangan Tabarruj Dalam Al-Quran

"..dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku (bertabarruj) seperti orang-orang jahiliyyah yang dahulu" [al-Ahzab:33]

Perintah Mengenakan Pakaian yang Menutup Aurat Dalam Al-Quran

"hendaklah mereka melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir"
[an-nur:31]

"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang."
[Al Ahzab:59]

Perintah Mengenakan Pakaian yang Menutup Aurat Dalam As-Sunnah

"wahai Asma', jika seseorang sudah menjalani haid, maka tidak diperbolehkan baginya kecuali ini dan ini (beliau mengisyaratkan wajah dan kedua telapak tangannya) "

[Riwayat Abu Dawud]


"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya"
[Riwayat Bukhari dan Muslim]
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis,jarang, ketat,membentuk,berbelah dan membuka bahagian-bahagian tertentu
badan mereka

Tabarruj Merupakan Ciri Kebodohan

Hendaklah wanita Muslimah mengetahui bahawa Tabarruj merupakan ciri kebodohan dan keterbelakangan

"janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang dahulu"
[al-Ahzab:33]

Ramai wanita yang merasa keberatan untuk menutup kecantikan wajah dan tubuhnya dan tidak menyedari bahawa tubuh dan wajah mereka telah dijadikan alat bisnis.

Anehnya, wanita sangat geram dan mengatakan sebagai pelecehan seksual ketika dikatakan bahawa pakaian mini mereka menjadi penyebab munculnya perogolan, tetapi dengan bangga mereka melihat gambar-gambar kaum mereka dengan busana tipis dan mini terpampang sebagai iklan-iklan di tengah-tengah jalan umum.
Semua itu menjadikan kaum wanita lupa mengejakan perintah Allah untuk sentiasa menutup aurat, kerana menurut sesetengah dari mereka
KEMAJUAN = TABARRUJ + DANSA + IKHTILATH + ARAK + DRUGS

Selain itu, ada juga yang enggan mendengar ayat-ayat Al-Quran, bahkan dengan nada sombong mereka terus bertabarruj


"Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,dia mendengar ayat-ayat Allah yang dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri khabar gembiralah dia dengan azab yang pedih
[al-Jatsiyah:7 dan 8]
Conclusion
Sesungguhnya, Allah tidak membuat syari'at dan mengeluarkan perintah untuk mengikuti hawa nafsu manusia. Allah tidak memberikan hak pilih kepada hamba-hambaNya dengan pendapat dan hawa nafsunya secara bebas, jika tidak nescaya mereka akan senantiasa berbuat maksiat dan kesesatan yang menyesatkan, dimana Allah Berfirman

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran" [al-Jatsiyah:23]

Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati dan kita hidup dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa", dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja. [al-Jatsiyah:24]

dan teman-teman sekalian (termasuk diri saya sendiri), selagi nyawa di kandung badan, marilah kita bertaubat terhadap segala dosa yang telah kita lakukan selama ini..
sesungguhnya
MATI ITU ADALAH PASTI DAN KITA TAK TAHU BILA
(mungkin seminit lagik?? sesaat lagik? esok? lusa?)
sempatkah kita bertaubat??


"Jika kalian melakukan kesalahan-kesalahan (dosa) hingga kesalahan kalian itu sampai ke langit, kemudian kalian bertaubat, niscaya Allah SWT akan memberikan taubat kepada kalian." [Hadith diriwayatkan oleh Ibnu Majah dari Abi Hurairah, dan ia menghukumkannya sebagai hadits hasan dalam kitab sahih Jami' Shagir - 5235]

"Dan Dialah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kesalahan-kesalahan."
[Asy-Syuuraa: 25]

Rujukan : Fiqih Wanita oleh Syaikh Kamil Muhammad 'Uwaidah


tajuk entry kali ini sengaja ditulis "MENUTUP AURAT dan berhias".. saya sebenarnya mahu tulis tajuk ini sebagai "BERTUDUNG dan berhias".. tetapi, bertudung sahaja tidak bererti menutup aurat =)

1 comment:

Unknown said...

suka post ni..patut sentuh isu perempuan sekarang yang suka pakai tudung bertoncet2..ade terbaca itu satu perbuatan yang dcela kerana meniru gaya bonggol unta yang dhina masa kat zaman rasullah dulu..kepastian?allhu a'lam kerana sendiri pon maseh samar2 dalam hal ni..cuma st ja agk dikesalkn fesyen tdg zaman sekarang da lari rasanya dengn tuntutan islam..